Wednesday, July 31, 2013

Persediaan. Macam mana?

Assalamualaikum and holo yelo tello mello people!

Hari ni masih lagi puasa. Hari ke berapa aku masih lagi maleh nak kire. Hehe.

So, bile online macam macam update pasal raye kan uolls. Yang beli kasut raye, baju raye. Tak lupe jugak yang suweet suweet  buat giveaway. Kita ade join. Saje kan semenjak aku memang kebosanan join jelah. Menang ke tak itu belakang cerita. I don't care, I love it, I love it~~~
Okay itu lagu. Tetibe rase nak menyanyi. Haha.

Lately memang sebok lah pasal persediaan or persiapan whatever. Nak raya sakan kan. Dan kitew dah beli baju kurung due. Yay! Wedges dapat satu. Yay! Ayah baik sangat. Heee. Masa nak ambik kasut muke dah serba salah dah memikirkan kasut yang melambak kat rumah berkotak kotak tak cukup rak. Tapi ayah kata amik lah kalau nak. Wuwuwuwuw. Akak nak :P Then jeans due. Yay lagi!
Cukup yay yay kau macam kanak kanak rebina yang mengade ngade hokeh.

Baju raya cadangnye nak kaler cekelat. End up warna lain -,-' Sume sebab yang lain susah sangat nak cari baju cekelat dan adik adik yang lain kate macam orang tue je ghoman eh. Aduh. Apela stereotype sangat pikiran. Takpe takpe warna baju raya tahun ni, okay nanti kite tunggu gambar raye yee :P ngehngehngeh.

Kau tengok aku macam stress tu kan keluar masuk fitting room. Sumpah penat. Keluar je mesti kena buat buat macam takde ape yang berlaku -,-' Lol padahal berposak posak dengan baju. Huh.

    
Ceh tunggu turn sempat lagi berangan kan. Pe pepandang bang. Tolonglah saya penat dah tunggu ni. Kasi saya berangan jap.
Memang part masuk fitting room paling aku menyampah. Die punye berposak dalam bilik kecik tu macam bergusti ngan baju. Kan tak memasal tu kan. Haha. Kalau boleh memang nak je aku capai tak payah masuk fitting room bagai kan. Tapi karang duh leceh pulak bila baju senteng lah mende. Nak jugak test seluar hanya dengan lilitkan pinggang seluar di leher je dan ouh ni muat ni,muat ni. Ceh. Tapi aku tak seyakin itu -,-' Faktakah ukur lilit leher sama dengan lebar pinggang? Hah answer me.

Yang paling sadis lebih sedih pedih, dok bergelumang macam macam baju kau test ,end up pegang satu jeans je sampai kaunter bila nak bayar. Duhh apekah yang kau lakukan sebentar tadi sesungguhnye perkara lagho. LOL. Tapi itulah hakikatnye. Nak buat macam mane kan. Korang pon sama kan. Tahu tahu. Dan sangat faham -,-' Hehh

Esok 1 August. Maksudnye dari sekarang ade 7 hari lagi nak puasa kan kan. Cari lah Lailatul Qadar. Jangan buang masa. Means I tinggal sebulan je lagi nak bersenang lenang kat ghumah ni haaa.Dan,tak sabar nak balik kampung beraya. Tak sabar nak tunggu adik adik sume bercuti untuk raya supaya family lengkap 8 orang. Susah sangat nak dapat lengkap 8 orang sekarang ni memandangkan semuanya bijaksana bijaksitu bijakthere. Semuanya nak duduk asrama kan. Tapi macam digi buddyz cakap TAKKAN TERPISAH. Lol iklan tu buat aku tergelak. Takkan terpisah. Haha.

Masih lagi dengan peace dan muka bulat pucat tak make up -,-'
Akhir kata hari ni, simple aje kan senang. Tak perlulah sarat barat macan orang nak catwalk. Tapi kalau memang itu kamu, I means sarat barat tu, It's okay. Don't even care about people say. Life is about what you do, not about what people want you to do. Got meh?

Love,'Aifaa <3

Saturday, July 27, 2013

Nowadays, people call it IFFTAR

Assalamualaikum and salam ramadhan guys!
Mesti hangpa semua masih kenyang sendawa berderap derup sebabkan napsu kuda belasah makanan buka tadi kannnn. Tak payah. Tak payah nak tipu. Eleh ingat orang percaya lah tu. Burrrppp! Alhamdulillah. Tu diaaa.

Perenggan pertama aku dah hentam korang kata penipu. Haha aku lah yang tak baik ni? Hehe. Kidding yo!

Hari ni berbuka dengan family! Seronok sangat even sorang adik kesayangan tak ada. Aliaa a.k.a Angah. Dok wechat ngan die(angah). Cheh die buke nasi ayam. Kitorang kat rumah buka nasi lemak jee. Boros kau kat sane ye. Btw, die baru memulakan diplomanya sebulan yang lalu if I'm not mistaken dekat Politeknik Merlimau. Dokek jo. Tapi aku tak kasi die balik! Kahkah. Kesian kot ayah nak ulang alik amik korang yang duduk asrama semua ni. Haa padan muke korang. So hari ni tadi aku berbuka dengan meriah sebab aku mengacau Adilla a.k.a Ala makan. Menangis sampai budak tu aku kerjakan -,-' teruk. Tahu. Tapi sumpah seronok. Hahaha.

Oh well uolls,bila dengan family Iolls berbuka tau. But then, semalam Iolls iftar dengan classmate matriks Iolls. Well, tahun ni rasenye aku baru sibuk dok dengar orang semua iftar itulah iftar inilah. Dan dan IFTAR namanya ye bila nak ajak kawan kawan, bila nak update status,bila nak tunjuk makanan korang iftar konon konon tu. Padahal bila dekat rumah. "Bila nak BUKE ni mak?". Cheh poyo sangat kan. Aku tak menggunakan Iftar okay fyi,sebab aku pun tak tengok kamus lagi apakah terjemahan yang buatkan aku faham sejelas jelasnya. Malas nak mentelaah. Esok mungkin. Memang sama artinya dengan buke yang sememangnya aku gunakan bila bercakapkan tapi macam aku tak biasa so tak payah nak poyo kekwat iftar lah aku ni kan. Haaa.

Tak kisahlah buke or iftar anyway. Semalam aku buke dengan classmate yang sangat happening! Lama kot tak jumpa Sipon,member sekepala yang buat aku pecah perut. Seriously memang rindu dekat diorang.
Sorry dan aku pun menyesal sebab memang aku tak snap a picture langsung sebabnya phone mati kiok pula sampai sampai sane. Haishh. Sabo je lahh. Ayep yang baik ambik aku dekat tbs. Aku gigih pergi naik bus pagi semalam jugak dari Melaka. Penat sangat tahu tak! Tengok Wayang,Pacific Rim. Kali kedua tengok. Dah hafal dah cerita die. Chewah gituu. Lepas tu main bowling. Yay aku 2nd runner up! Tak sangka diri ini hebat sekali. Okay kau bla sekarang. Bla.

Then tiba masa untuk berbuka. Buke di Kota Warisan Putrajaya. Kenyang bapak die. Haha bahasa lawak ke der aku gune -,-'

Then pergi Semenyih melawat classmate yang terpaksa bekerja hari tu di Snogurt. Aku belasah Snogurt pulakk -,-' See? Dia punya napsu buas tu. Lepak gelak gelak then balik. Aku tumapang tiddur rumah Raihan. Family dia baik sangat! Ayah die bagi kite duit raya :D Apeni pakcik belom raya lagi,tapi maceh eh eh. LOL.

Last day, such a long day.

But still,peace! I'm okay :P
Kata akhir hari ni, Hargai kawan yang jauh dan dekat. Tak kiralah die cantik ke hodoh. Atau pandai ke bodoh :) Dan ingat, family utama!

Love, 'Aifaa <3


Friday, July 19, 2013

ARIANI TVC

Assalamualaikum and hello cute readers !
Masih sihat dan berpuasa? Bagus bagus. Tak lemau maksudnye tu. Thumbs up.

Semalam hari Khamis. Aku dapat pengalaman baru! Nak cerita ngan korang semua. Walaupun ada orang dah biase sebenarnye tapi aku mana pernah :( Tak kira, tak kira. Nak cerita juga!


 Okay, begini. Semalam aku kena tolong abang pizi (cousin). Kena kerja. Memandangkan aku dah mengabihkan duik aku,jadi tawaran bekerja sehari ni memang kena rembat tanpa belas kasihan supaya tabung penuh balik. Haa gitu. So, semalam lepas sahur kena ikut abang pizi ke Dang Wangi. Aku hanya di jelaskan kerja aku as a flyer girl. Okaylah, sonang yo tu. Then bila sampai sane, ada event rupenye. Dekat Capsquare,Dang Wangi. Event Ariani. And ada shooting Ariani TVC. Fyi, TVC is stand for TV comercial okay :)

Jadi sampai sana, ada beberapa orang model untuk peragakan tudung Ariani tu lah. Alah model model underground yang part time part time tu kannn. Cantik. Bila dah make up lagilah shantek. Diorang baik sangat. Okay sebabkan hujan pagi tu so aku ade makan gaji buta sikit sebab tak boleh nak buat kerja, sebab hujan tu lah. Haha bergendang gendut hati ku bertalu talu dapat duit tak yah buat kerja. Hujan lagi,hujan lagi. Makcik sukaaaa! But then, hujan berhenti. Sob sob.

So bermulalah briefing as a flyer girl dan aku di beri kertas kertas yang sangat banyak untuk di beri kat orang dok lalu lalang di situ lah. Ini first time okay. Aku macam wow wow wow. Bestnye benda baru. Mano ado den koje cenggini sebelum ni. Jadi cashier dengan waiter pernah lerr. Tapi panas I tak suke :( Aku macam mengelat duduk kat tempat redup je sentiasa kahkahkah!

Event hari tu adalah nak kasi tahu yang Ariani ada promotion until raya nanti. Dan 1st 200 person will get free privilege gold card yang kalau hari hari biasa kena bayar RM500. Amik bak hang! Awesome sangat. I dapat satu! Tapi di sebabkan aku tak pakai tudung fashion tu, takpelah makuda mungkin lebih menggunakan. Haa nah makuda Membership Card for Free!

Belum lagi cerita Wardina Safiyyah yang flawless sangattt. K geram. Dia duta Ariani. So hari tu die dengan beberape pelakon dan model lain shooting untuk Tv comercial lah. Jangan lupe tengok iklannye :)

Aku penat gile sebab berdiri dengan heels aku -,-' Sengal gak kau kan. Dah tahu kerja flyer girl pergi gatal merenyam pakai heels tu kenape? Manalah tahuuu :(

Done with that event at 3 pm macam tu. Lepak dengan model sorang tu. Nama dia Ani. Hey die cantik and aku ingat dia mesti tua dari aku but then dia tegur aku dengan tanya umur. What? Same age? Dia baik sangat. Unfortunately tak sempat amik gambar. Duhh. Lupe -,-' Hari tu aku tak keluarkan phone langsung. Jadi lupe nak amik gambar -,-' Rugii :(

Guess what, die boleh nak offer aku join part time modelling dengan die. Me was like. "Youuu, malunye I ni layak ke jadi model." Beriye-iye sangat die. Dia jawab "You mesti cantik kalau make up,seriously". Okay dia tipu ke ape. Aku jawablah aku nak kene study ke johor nanti. Tak dapatlah. Dia kata takpe nanti habis study boleh cuba tak pun time cuti sem. Gila. Dia serious. Aku tak terkata. Tindakan yang wajar mase tu. Senyum jelah. Teheeeeeeee.

Lepas tu balik memang penat gile. Tidur terus. Bangun solat pun tidur balik. Parah. Haha penat kot. Amik kau. Hari ni baru hilang letih. Akhirnya.

Kata akhir hari ni, jangan lepaskan pengalaman yang seronok dalam hidup uolls. Cuba lakukan segalenye selagi terdaya :)



Love, 'Aifaa <3







Wednesday, July 17, 2013

Aduh. Hati ini.

Assalamualaikum dan salam ramadhan sekalian!
Tanda seru sememangnya bukan tanda marah ye korang. Hikhik.

Aku bukan specky jadi agak jakon semacam. Tahu -,-'
Gambar itu sangat tidak mempengaruhi entry kali ni.
Aku tak tahu kenapa aku merasakan ini dan aku nak sangat menulis dalam belog apa yang aku rasa ini dengan sesuka hati. Tapi tak semudah itu rasenye. Bukan semudah makan kurma. Erk? Kenapa kurma? Ermm sebab bulan puasa. Ya,itu dia jawapan yang wajar sekali. Haha. Tidak mudah sekali untuk mengadu kepada orang ramai apa yang kita rasa. Tapi aku cuba. Malu Sebenarnya. Thehehehe. Sebab rasanya aku akan mengadu dengan orang yang rapat sahaja.

Okaylah tanpa berbasa basi. Aku rindu dia. Hah kau hamek,straight forward je nyah. But then nothing to worry about, aku okay je. Cuma mungkin bila ingat kenangan lama bersama perasaan tu datang. Tak, aku tak menyesal. Malahan aku tak menagih ape ape. Aku ingat nasihat dia. "It's just a feeling,it will be okay soon or later". Yup. True.

Selama ni aku okay je kot,susah nak goyang beralun berombak badai cenggini. Iyalah tu, betullah tu. Hanya perasaan. Esok okay lah tu :)

Settle with that, meh tukar mood meh. Tukar station. Jom.

So hari jumaat ni aku nak balik rumah nyaleh. Rindu family. Nak beli baju rayeee! Yay!
Tahun ni baju raye kite warne cekelat. Nampak macam suram dalam bayangan bila warna cekelat tuh. Tapi tengok baju hari tu shantek sangat sangat. So warne cekelat, approved!
Tahun ni nak berapa baju raye ha? Mungkin tak sebanyak tahun lepas rasenye. Takpe takpe nanti kite update pasal baju raya je. Chewah. Gituuu. Kann. Haks.

Eh teringat, baru baru ni kawan kat matrik dulu ada confess yang dia suke aku dah lame masa kat matrik sampai laa ni. Me was like, seriously weh kau? Patutlah kau baik ngan aku belanja nasi lemak. Dok nasihat nasihat ngan aku. Share masalah dengan aku. Sorry aku tak perasan. Aku okay. Kita kawan dan semoga kau berjaya capai cita cita kau. Tak sangka sebenarnya sebab aku sangat sakai je bile depan die. Kenapa mesti kau suka jugak. Pelik. Hati orang kan.

Okay okay,yang itu pun dah settle. Maaf sangat sangat buat korang pening dengan apa yang aku merapu kali ni. Ini tempat mengadu mungkin. Tempat aku bercerita sebab selalu telinga yang menadah bila aku bercerita dah jauh. Tak dapat bersua muka. Haha.

Tadi chat dengan Nadia (left) *same age cousin. Good luck untuk final sem form six die :) Nanti raye jumpe.
Cukuplah.
Kata akhir hari ini, Jangan pendam apa yang dirasa dan jangan malu dengan perasaan sendiri. Kau confident je. Tak salah mende pun ;)

Love,'Aifaa <3


Monday, July 15, 2013

How to forget that person?

Assalamualaikum dan what's up uollss!

Hari ni dah banyak hari puasa *haha malas nak kira berapa hari act.
So di harap semua tak membazir, makan ape yang ada masa buke tu. Jangan dok tamak halobe sangat tahu?

Okay tak tajuk kite kat atas tu? hehe apa yang nak dilupakan sebenarnye.
Baiklah.

Q : Berapa kali anda sudah berpacaran?
A : Em first time taw niww. Titew sayang tat Dieeew. Euww.
Q : Si dia tinggalkan anda?
A : Janganlah cakap cam tuww. Sedih lahhww.
Q :Anda susah untuk melupakan si dia?
A : Dieww cintew titeww. Dieww segalew-galewnyeww. Haaaaktuihhhh.

Jika anda seperti diatas anda wajib membaca update ini tanpa segan silu dan di harap mengertikannya okay :)

First of all, semua orang melalui cinta pertama yang omaigod omaigod tu. Tapi kite kene sedar yang omaigod omaigod tu tak semestinya menjadi. Betul tak?
Kepada adik adik yang baru nak bercintan cintun pada waktu persekolahan. I bet you will regret one day. Apetah lagi yang mengalami drama di atas. Seriously mayn.

Ini berdasarkan penngalamanlah kan, maafkan titew kalaw titew tersyasyul dan tersyalah taww. Ergh. Aku geli. Orang yang baru first love sayangnye kat si dia tu bukan main, senang cerite die ni lah bakal laki atau bakal isteri aku. Tadaaaaa! Masa tu lah bile orang lain dekat dengan pair die,die akan meroyan gile babi kejelousan terlampau. Dan bile one day, pair die ask for break. Lagilah, die akan mengamuk macam orang gila dan akan merasakan insecure terlampau dan dalam tak sedar die akan mengutuk pair die yang dia sayang itu pada orang lain.

Look, adilkah? Ingat ye adik adik bertindak secara waras okay.
Kalaupun awak awak itu ada pakwe atau makwe atau bf atau gf atau whatever you call that person, ingat yang kita tak ada hak atas dia untuk mengarah dia itu ini mengikut nafsu kuda awak awak okay.
Sebabnya, dia bukanlah isteri ataupun suami awak awak.

Dan dan dan, ada pair yang lepas break kononnya nak balas dendam, buat dekat orang lain macam mana kekasih lamanya buat padanya. Oh drama sangat. Jika die jahat melakukan itu kepada anda, anda berkali kali jahat menganiaya orang lain untuk dendam anda.

Tindakan uolls untuk situasi putus cinta sepatutnya :

- Toksah dok nangis nangis melampau deh. Jangan sampai cerite dengan kawan pun nangis macam mati laki. Ah sudah. Boleh nangis, cukuplah untuk melegakan sahaja tahu? 
- Tolonglah fikir positive yang dia mungkin bukan jodoh kita. Mungkin ada yang lebih baik. Memang cliche nasihat ni,tahu. Tapi penting okay.
- Kalau boleh selesaikan masalah dengan baik dan jangan nak hot temper macam diri dah teraniaya.
- Bila masalah settle dengan baik korang sepatutnya berkawan selepas itu bukannye musuh yang boleh buat perang. Pehe dok? Nanti still boleh keluar hang out same same. Rasenye lebih lega tau.
- Takyah lah kesengalan memulangkan segala barang dia kasi pulok. Macam rugi senanye. Kalau die tak mintak,nikmati je lah. Kahkahkah.
- Tak perlu bertindak drastik memaki hamun dia di depan orang lain, profesional sikit. Orang lain tak terlibat dalam drama sebabak you ni.
- Jangan terlalu memikirkan perkara yang dah terjadi, keep on go forward and move on. Mudahkan.

Jika korang amalkan cara ni, In sya Allah. Korang akan lebih lega dan tak akan bertindak bodoh. Jodoh memang dah ditetapkan tapi lepas break kita jangan terus give up sebab usaha mesti ada jika inginkan sesuatu. Ingat.

Kata akhir hari ini, sentiasa kawal perasaan okay. Tips tu apa yang aku buat dan sampai sekarang aku berkawan dengan setiap kekasih lama ku. Gituuu. Tiada peperangan. Peace!


Peace = aman *rindu sahabatku hawa! Selaku penasihat cinta. LOL


Love, 'Aifaa <3

Saturday, July 13, 2013

Iftar . Lengkuas . UTM di hati

Assalamualaikum and hallo guys :)

Korang semua aku harap sangat sangat korang sihat dan wajib puasa kecuali tuuuut tulah kan. Hahaha. Rase macam dah lame sangat tak menaip untuk update blog nih. Haish bukan tak mahu update tapi busy sesangat sangat dah ni. Hahah konon. Kau hengat kau anak perdana menteri. Even anak pon nak busy kenape -,-' Duhhh.

Busy sangat berangan :P
Hehehe.Sekarang tengah berada di Tangkak,Johor. Rumah atuk aku yang tersergam indah di Kg. Payamas ni. Semalam malam sampai. Lame tak balik sini. Eh takdelah lame sangat. Memandai je aku ni kan. Hari ni kitorang akan iftar beramai ramai. Kitorang tuh I mean my family and I lah. Meriah sangat dah ni. Dengan mak mak sedara memasak kat belakang,my family on the way dari Nyaleh ke sini. Sepupu sepupu dok sebok mengadap tv and main tablet berebut berebut meriuhkan rumah. Dan aku menaip blog. Bagus sangat. Bukan nak tolong kat belakang -,-' Haissshhh.

Jadi lepas berbuka aku akan balik ke Putrajaya balik. Duduk sane aku dok mengabihkan duik yooo. Hari hari muka aku kat Alamanda disebabkan terlalu bosan di rumah. Memang berjalan sensorang tanpa teman.
Apabila sensorang memang shopping macam tak ingat dunia T.T . Kenape Aifaa? Kenape????

Pernah satu hari tu, Aku dok sebok pilih baju. *tenenenetnenet* (my phone ringing for a new text received).
Okay mak uda kirim barang rupanya. Serai,lengkuas dengan kerisik.
Baiklah,aku tinggalkan baju baju tu ,aku mengorak langkah settlekan barang tuu. Serai memang takde masalah. Lengkuas pon sangat takde masalah. Memang sangat. Tapi kerisik. Mano lotak ei menatang kerisik ni haa. At last Jumpe. Thank god.

Sesampai di rumah, dengan bangga nya menyerahkan barang yang dikirim tanpa serba salah. Then  mak uda menjerit  ''Aifaaa! Ini sengkuang bukan lengkuassss!". Wakkakaka. Dussshh! Aifaa? Why Aifaa? Whyyy?
Adakah aku teruk sebegitu tentang barang dapur. Okay fine. Yee aku akui. Puas Hati. Aku manalah tahu tentang sayur sayuran selain kangkung,kubis,taugeh dan yang senang senang tu. Heeee. Tak kesah lah I'll make sure one day I'll know all those thing. Takpelah nak gelakkan ke ape. Silakan. Aku pun gelakkan diri aku ni. LOL. Cukup Uolls,cukup.

Anyway, aku baru dapat result UPU and and and aku akan further my degree study dekat Universiti Teknologi Malaysia,Skudai,Johor. Wuwuwuwuwu~
Alhamdulillah dengan kejayaan yang di peroleh di KMTJ akhirnya aku akan menghuni di UTM. Jurusan yang ditakdirkan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik. But then, Johor lagiiii. It's okay. Boleh merayau Singapore nanti. Fuhfuhfuhfuh. LOL. Teruk. Betulkan niat, mohon.

So, sekarang tu pasai lah busy dok settlekan surat menyurat die bagai. Photostate itu ini.
Aku Yakin UTM tempat terbaik untuk aku. Dulu dulu masa kecik cenonet cita cita memang nak jadi engineer. Cikgu tanye nak jadi ape pun aku jawab engineer and now. See. I'll prove it one day, Teacher :)

Kata akhir hari ini, tengoklah despicable me 2 kerana kecomelan agnes. Arghh. *pengsan*

Rasa nak makan Tutti Frutti. Hahaha. Puasa kot.


Love, 'Aifaa <3



Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan, Ramadhan.

Assalamualaikum and Hai silent readers!

Muka pada Ramadhan yang lepas.



Itu aku dengan tudung merah gitew dan Raihan. Berbuka dengan classmate pada ramadhan yang lepas di matrik :')

Di harap korang semua sihat sihat sahaje menjelang bulan Ramadhan yang  penuh keberkatan ini. Jangan ada yang sakit pulak. Tak  seronoklah puasa sakit sakit kan.

So, orang ramai sangat kata esok nak puase dah. Tunggu....,mana tahu atuk yang beritahu puasa tu kata anak bulan tak nampak pun,jadi kite akan start puasa hari khamis. Haaa. Kannn. Cheh, senanye aku pun tak sabo nak nengok atuk tu bebel bebel atas sofa satu tuuuu. Heee. Seriously memang tak sabar sangattt.

Memang kita seharusnya gembira untuk bulan Ramadhan. Nabi gembira untuk bulan Ramadhan. Sahabat Nabi sambut Ramadhan dengan mengucapkan "Ahlan Wasahlan,Ramadhan. Ahlan Wasahlan,Ramadhan" Beliau menyebut kata kata sapaan tu sepanjang perjalanan beliau dengan perasaan gembira,sedih dan terharu. Gambarannya,jika kita tengok atau selisihlah kononnya dengan Sahabat Nabi ni,kita akan menyangka Ramadhan ni orang ke hape engko dok ahlan wasahlan ahlan wasahlan. Okay tu kalau aku yang selisihlah. Heee. Sebabnye lagak Sahabat Nabi tu seperti mengingati orang yang tersangat di rinduinya dan sangat bermakna. MasyaAllah. Perasaan tu aku nak rasakan sendiri pun susah kot. Cerita ni aku dengar masa aku join usrah student student oversea semalam. Jadi aku kongsilah dengan korang. 

Anyway, sekarang aku di Putrajaya. Saje dok lepak sini. Rumah mak sedara aku. Di samping itu, kita isi masa kita dengan hang out bersama kawan baik kita, Raihan. Yay. Lame kot tak jumpe,kan Raihan kan :)

Secara amnya memang hari 1st puasa, bukanlah bersama keluarga tercinta memandangkan aku kat sini. Takpe lepas settle kat sini akak balik rumah ye ayah, ayah tak marah pun, tahu dah. Hee.

And sebelum habis, semalam aku belanja tanpa berfikir. Nasib baik cepat tersedar. LOL. Macam buat ape je kau kan. Beli jeans yang sangat kiut je rase bile pakai. Pastu, beli sandal yang sangat selesa. Then,nasib baik beli dua tudung bawal Kak Ina ( cousin kite ) yang belanjaaa. Maceh maceh Kak Ina :) Tak kesahlah,janji puas.                     Dah beli dah pun. Duit habis,padan lah muke kau kan. Hahaha.







  
Kata akhir hari ni, jangan membazir di bulan puasa ini yeee :) Berpada pada kan bagus kannn.
*Nasihat untuk diri sendiri jugak ni -,-'

Love, 'Aifaa <3



Wednesday, July 3, 2013

Tribal Thing

Assalamualaikum and hi dude !


Semalam pergi beli barang, hari ni doing nothing :P

Since I'm doin' nothing right now and plus plus plus, I don't know what else to do. So, this is what I found. Updating my belog. Yup. No its not. Bukan tempat melepaskan kebosanan ye tuan tuan dan puan puan. Ianya lebih keppada hobi. Baik, definition Hobi ye. Hobi ialah perkara yang kita cenderung untuk melakukan apabila kelapangan. From Kamuih Dewan dan Pustakaq. LOL.

Pagi pagi lagi dah bangun pastu bukak lagu kuat kuat nak bagi tahu jiran lah konon yang aku dah bangun pagi pagi lagi. Haih -,-'. Amboi teruk benor perangai. Then I sang it outloud. Settlekan apa yang patut which is kemas kemas tu lah yang biasa orang dok buat pagi pagi, aku pun buat jugak kan. Gila ka tak buat, anak dara katanya. Cheh.

Settle with all those thing. Then teringat,semalam masa keluar ke Mydin,Melaka lepas amik adik balik dari asrama. Kite ikut lah parents beli groceries semua dan mestilah topup keperluan kite ape yang patutkan. Dan seterusnya berjalan jalan dok usha baju. So sekarang sangat in dengan Tribal fashion. Maybe I should get one at least. Rasenye Jumaat ni nak keluar. Aku mesti rembat satu baju untuk kelegaan semasa tiada apa nak di buat di rumah. Sebab nanti bila bosan otak akan fikir begini 'at least aku dah beli bajukan, kau nak hape lagi hah?'. Jadi rasa itu sangat lega. Haha. Enoughlah merapu. LOL.

Kata akhir hari ini, jangan membosankan diri, do something at least okay ?

Love, 'Aifaa <3

Tuesday, July 2, 2013

Come Back

Assalamualaikum and hai everyone!



Excited sangat sangat ni. Haha. First of all, you all apa khabar pals?
So harap sangat korang semua sihat dan takda apa yang buruk berlaku dan sentiasa kekalkan keceriaan even sebesar mana dilema korang tuh.

Rase rindu sangat nak menaip belog kesayangan ni setelah kali terakhir update mase awal masuk matrik dulu. Tahu tak awal masuk matrik tu dengan lebih jelasnya adalah setahun lalu! Cis! Lame gile tahu. Mesti orang dok tanya tanya mana dak Aifaa tak update update. Tak berminat dah ke? Choiiiii.
Mane ade. Well, busy as a student. Since duduk asrama matrikulasi tu yang tak ada wifi. *Sumpah kedekut :P Manalah ada masa nak update kisah hidup seharian mengadap laptop khonn. Gittew katanya.


Di bumi Pontian. Di sane *no jeans* so macam pfffftt. Haha

In the class. That's me! *hujung sekali :P

Classmate aku di matrikulasi. Last day hang out together :')

Last day mengharung lecture with them :')


Tak mahu beralasan panjang sangat. Sekarang dah habis matrikulasi, dah, ye dah habis dah. Sekejapnye setahun kan. Dan lihatlah dunia. Hahaa acah acah azean Irdawati ni. Huahua. Aku kembali menulis setelah menukar wajah belog ku dengan warna kegemaran *Drumroll* HIJAU!! Yay mari kita ber-go green sekarang ini. Theheheh. Sengal bukan? Okay bukan!

Alright, currently aku baru berhenti kerja. Hari tu lepas habis matrik aku mengulau kat rumah sebulan. Gile sebulan. Lame kot. Then kerja as a waitress kat restaurant biase biase je. Taubat tak tahan, kerja tiga minggu. Then, I'm quit. Haha. Mudah gile buat keputusan setelah berantam dengan tokey kedai tu. Aku tak kesah yang penting hidup ku bahagia aman dan sentosa. Jadi di sinilah aku masih menggoyangkan kaki di rumah sambil menunggu bulan puasa yang mulia akan datang. Weee~ Dan dan dan. Aku dah malas nak kerja dah untuk cuti kali ni. Akan terus melepak menghabiskan duit dan sambung mengulau sehinggalah aku sambung degree nanti. Which mean, September ni. Can't wait act, but what can I do. Pasrah beno bunyinye.

So okay fo now, i'll update more. Don't worry.

Kata akhir hari ini, sentiasa ceria dan jangan berubah untuk orang lain. Be yourself girl :)

Love, 'Aifaa Jefri <3