Wednesday, July 17, 2013

Aduh. Hati ini.

Assalamualaikum dan salam ramadhan sekalian!
Tanda seru sememangnya bukan tanda marah ye korang. Hikhik.

Aku bukan specky jadi agak jakon semacam. Tahu -,-'
Gambar itu sangat tidak mempengaruhi entry kali ni.
Aku tak tahu kenapa aku merasakan ini dan aku nak sangat menulis dalam belog apa yang aku rasa ini dengan sesuka hati. Tapi tak semudah itu rasenye. Bukan semudah makan kurma. Erk? Kenapa kurma? Ermm sebab bulan puasa. Ya,itu dia jawapan yang wajar sekali. Haha. Tidak mudah sekali untuk mengadu kepada orang ramai apa yang kita rasa. Tapi aku cuba. Malu Sebenarnya. Thehehehe. Sebab rasanya aku akan mengadu dengan orang yang rapat sahaja.

Okaylah tanpa berbasa basi. Aku rindu dia. Hah kau hamek,straight forward je nyah. But then nothing to worry about, aku okay je. Cuma mungkin bila ingat kenangan lama bersama perasaan tu datang. Tak, aku tak menyesal. Malahan aku tak menagih ape ape. Aku ingat nasihat dia. "It's just a feeling,it will be okay soon or later". Yup. True.

Selama ni aku okay je kot,susah nak goyang beralun berombak badai cenggini. Iyalah tu, betullah tu. Hanya perasaan. Esok okay lah tu :)

Settle with that, meh tukar mood meh. Tukar station. Jom.

So hari jumaat ni aku nak balik rumah nyaleh. Rindu family. Nak beli baju rayeee! Yay!
Tahun ni baju raye kite warne cekelat. Nampak macam suram dalam bayangan bila warna cekelat tuh. Tapi tengok baju hari tu shantek sangat sangat. So warne cekelat, approved!
Tahun ni nak berapa baju raye ha? Mungkin tak sebanyak tahun lepas rasenye. Takpe takpe nanti kite update pasal baju raya je. Chewah. Gituuu. Kann. Haks.

Eh teringat, baru baru ni kawan kat matrik dulu ada confess yang dia suke aku dah lame masa kat matrik sampai laa ni. Me was like, seriously weh kau? Patutlah kau baik ngan aku belanja nasi lemak. Dok nasihat nasihat ngan aku. Share masalah dengan aku. Sorry aku tak perasan. Aku okay. Kita kawan dan semoga kau berjaya capai cita cita kau. Tak sangka sebenarnya sebab aku sangat sakai je bile depan die. Kenapa mesti kau suka jugak. Pelik. Hati orang kan.

Okay okay,yang itu pun dah settle. Maaf sangat sangat buat korang pening dengan apa yang aku merapu kali ni. Ini tempat mengadu mungkin. Tempat aku bercerita sebab selalu telinga yang menadah bila aku bercerita dah jauh. Tak dapat bersua muka. Haha.

Tadi chat dengan Nadia (left) *same age cousin. Good luck untuk final sem form six die :) Nanti raye jumpe.
Cukuplah.
Kata akhir hari ini, Jangan pendam apa yang dirasa dan jangan malu dengan perasaan sendiri. Kau confident je. Tak salah mende pun ;)

Love,'Aifaa <3


No comments:

Post a Comment