Tuesday, July 9, 2013

Ahlan Wasahlan, Ramadhan.

Assalamualaikum and Hai silent readers!

Muka pada Ramadhan yang lepas.



Itu aku dengan tudung merah gitew dan Raihan. Berbuka dengan classmate pada ramadhan yang lepas di matrik :')

Di harap korang semua sihat sihat sahaje menjelang bulan Ramadhan yang  penuh keberkatan ini. Jangan ada yang sakit pulak. Tak  seronoklah puasa sakit sakit kan.

So, orang ramai sangat kata esok nak puase dah. Tunggu....,mana tahu atuk yang beritahu puasa tu kata anak bulan tak nampak pun,jadi kite akan start puasa hari khamis. Haaa. Kannn. Cheh, senanye aku pun tak sabo nak nengok atuk tu bebel bebel atas sofa satu tuuuu. Heee. Seriously memang tak sabar sangattt.

Memang kita seharusnya gembira untuk bulan Ramadhan. Nabi gembira untuk bulan Ramadhan. Sahabat Nabi sambut Ramadhan dengan mengucapkan "Ahlan Wasahlan,Ramadhan. Ahlan Wasahlan,Ramadhan" Beliau menyebut kata kata sapaan tu sepanjang perjalanan beliau dengan perasaan gembira,sedih dan terharu. Gambarannya,jika kita tengok atau selisihlah kononnya dengan Sahabat Nabi ni,kita akan menyangka Ramadhan ni orang ke hape engko dok ahlan wasahlan ahlan wasahlan. Okay tu kalau aku yang selisihlah. Heee. Sebabnye lagak Sahabat Nabi tu seperti mengingati orang yang tersangat di rinduinya dan sangat bermakna. MasyaAllah. Perasaan tu aku nak rasakan sendiri pun susah kot. Cerita ni aku dengar masa aku join usrah student student oversea semalam. Jadi aku kongsilah dengan korang. 

Anyway, sekarang aku di Putrajaya. Saje dok lepak sini. Rumah mak sedara aku. Di samping itu, kita isi masa kita dengan hang out bersama kawan baik kita, Raihan. Yay. Lame kot tak jumpe,kan Raihan kan :)

Secara amnya memang hari 1st puasa, bukanlah bersama keluarga tercinta memandangkan aku kat sini. Takpe lepas settle kat sini akak balik rumah ye ayah, ayah tak marah pun, tahu dah. Hee.

And sebelum habis, semalam aku belanja tanpa berfikir. Nasib baik cepat tersedar. LOL. Macam buat ape je kau kan. Beli jeans yang sangat kiut je rase bile pakai. Pastu, beli sandal yang sangat selesa. Then,nasib baik beli dua tudung bawal Kak Ina ( cousin kite ) yang belanjaaa. Maceh maceh Kak Ina :) Tak kesahlah,janji puas.                     Dah beli dah pun. Duit habis,padan lah muke kau kan. Hahaha.







  
Kata akhir hari ni, jangan membazir di bulan puasa ini yeee :) Berpada pada kan bagus kannn.
*Nasihat untuk diri sendiri jugak ni -,-'

Love, 'Aifaa <3



No comments:

Post a Comment