Friday, July 19, 2013

ARIANI TVC

Assalamualaikum and hello cute readers !
Masih sihat dan berpuasa? Bagus bagus. Tak lemau maksudnye tu. Thumbs up.

Semalam hari Khamis. Aku dapat pengalaman baru! Nak cerita ngan korang semua. Walaupun ada orang dah biase sebenarnye tapi aku mana pernah :( Tak kira, tak kira. Nak cerita juga!


 Okay, begini. Semalam aku kena tolong abang pizi (cousin). Kena kerja. Memandangkan aku dah mengabihkan duik aku,jadi tawaran bekerja sehari ni memang kena rembat tanpa belas kasihan supaya tabung penuh balik. Haa gitu. So, semalam lepas sahur kena ikut abang pizi ke Dang Wangi. Aku hanya di jelaskan kerja aku as a flyer girl. Okaylah, sonang yo tu. Then bila sampai sane, ada event rupenye. Dekat Capsquare,Dang Wangi. Event Ariani. And ada shooting Ariani TVC. Fyi, TVC is stand for TV comercial okay :)

Jadi sampai sana, ada beberapa orang model untuk peragakan tudung Ariani tu lah. Alah model model underground yang part time part time tu kannn. Cantik. Bila dah make up lagilah shantek. Diorang baik sangat. Okay sebabkan hujan pagi tu so aku ade makan gaji buta sikit sebab tak boleh nak buat kerja, sebab hujan tu lah. Haha bergendang gendut hati ku bertalu talu dapat duit tak yah buat kerja. Hujan lagi,hujan lagi. Makcik sukaaaa! But then, hujan berhenti. Sob sob.

So bermulalah briefing as a flyer girl dan aku di beri kertas kertas yang sangat banyak untuk di beri kat orang dok lalu lalang di situ lah. Ini first time okay. Aku macam wow wow wow. Bestnye benda baru. Mano ado den koje cenggini sebelum ni. Jadi cashier dengan waiter pernah lerr. Tapi panas I tak suke :( Aku macam mengelat duduk kat tempat redup je sentiasa kahkahkah!

Event hari tu adalah nak kasi tahu yang Ariani ada promotion until raya nanti. Dan 1st 200 person will get free privilege gold card yang kalau hari hari biasa kena bayar RM500. Amik bak hang! Awesome sangat. I dapat satu! Tapi di sebabkan aku tak pakai tudung fashion tu, takpelah makuda mungkin lebih menggunakan. Haa nah makuda Membership Card for Free!

Belum lagi cerita Wardina Safiyyah yang flawless sangattt. K geram. Dia duta Ariani. So hari tu die dengan beberape pelakon dan model lain shooting untuk Tv comercial lah. Jangan lupe tengok iklannye :)

Aku penat gile sebab berdiri dengan heels aku -,-' Sengal gak kau kan. Dah tahu kerja flyer girl pergi gatal merenyam pakai heels tu kenape? Manalah tahuuu :(

Done with that event at 3 pm macam tu. Lepak dengan model sorang tu. Nama dia Ani. Hey die cantik and aku ingat dia mesti tua dari aku but then dia tegur aku dengan tanya umur. What? Same age? Dia baik sangat. Unfortunately tak sempat amik gambar. Duhh. Lupe -,-' Hari tu aku tak keluarkan phone langsung. Jadi lupe nak amik gambar -,-' Rugii :(

Guess what, die boleh nak offer aku join part time modelling dengan die. Me was like. "Youuu, malunye I ni layak ke jadi model." Beriye-iye sangat die. Dia jawab "You mesti cantik kalau make up,seriously". Okay dia tipu ke ape. Aku jawablah aku nak kene study ke johor nanti. Tak dapatlah. Dia kata takpe nanti habis study boleh cuba tak pun time cuti sem. Gila. Dia serious. Aku tak terkata. Tindakan yang wajar mase tu. Senyum jelah. Teheeeeeeee.

Lepas tu balik memang penat gile. Tidur terus. Bangun solat pun tidur balik. Parah. Haha penat kot. Amik kau. Hari ni baru hilang letih. Akhirnya.

Kata akhir hari ni, jangan lepaskan pengalaman yang seronok dalam hidup uolls. Cuba lakukan segalenye selagi terdaya :)



Love, 'Aifaa <3







No comments:

Post a Comment