Saturday, August 10, 2013

Raya 2013

Assalamualaikum and Salam Lebaran uolls!

Raya Pertama. Kite Purple. Tadaa!

Raya Kedua. Cekelat. Tadaa!


Hari raya ketige dah weh. Hari ni aku tak kemana pun jadi takde gambar. Takpe takpe. Habis tu sampai ke akhir bulan aku nak taruk gambar aku haih payah jugak tu. Haha. Eh lupe pulak titew ni. Anyway, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua silent reader. Jangan simpan lagilah kalau ade yang tak puas hati ke marah ke geram ke heee. Lupekan saje segele gelenye. Haa gitew. Boleh pulak wish nye lupe. Ngade tau uolls.

Jadi raya anda bagaimana? Puas beraya? Best?Untuk aku, biase sahaja.

Raya pertama dan kedua aku beraya di Kampung Payamas,Tangkak. Hanya pergi ke rumah saudara terdekat like mak sedara ayah sedara lah. Memang korang pun cenggitu kan. Hari Raya kedua masing masing dah menggila semua ajak pergi mandi dekat Air Panas Bemban. Pulak dah raye raye kau nak bermandi manda, Haish. But then, Pergilah  ke Air Panas Bemban aku sarankan. Seronok. Tempat mandi yang bersih, kaya dengan mineral,menyihatkan badan serta mengeratkan silaturrahim. Eh. Silaturrahim tetibekan. Haha.That's what I can think right now act. Tolonglah pergi. Aku merayu. Kau dah kenape kan.

Purple untuk tahun ini. Wuwuwuw~

Kami Buddyz. Kami TAKKAN TERPISAH.

Saya anak pertama! Bukan satu Malaysia laa -,-'

Mari beraya meh meh :)

Beraya di kampung memang seronok :D

Malam raya memang sakai sikit. Tahu :P 


   
Kenapa mesti mereka tinggi dan aku -,-' Padahal susunan ikut turutan.
Kalo dolu dolu memang macam tangga haa kau. Haha. Cepat betul kau besar ye bebudak.
Teringat kemas rumah nak raya hari tu. Semua bersatu tenaga membersihkan rumah. Seronoknya korang semua dah besar. Tapi tak seronok bile jarang jumpe. Kalau dulu memang begasak je kat rumah kalau ade yang tak kena sebab enam orang enam kepala kan,jadi macam kelam kabut haru biru tambah tambah dulu kecik lagi kan. Too angah, good luck untuk diploma nye. Untuk Edil, jangan main gitar je tahu next year nak SPM dah. Too Koot (nama sebenar Azrin, Koot paggilan di rumah haha), mesti 8A's tau PMR ni, nanti boleh masuk asrama tahun depan. Too Anis, fokus belajar okay jangan nak berchenta pulak. Too Ala, mesti pandai macam kakak kakak ngan abang tau,jangan degil okay. Lepas ni kite jauh jauh lagi. Sayang korang :")

Tahun ni sangat free sebenarnye raya aku. Tak kemana sangat.

Raya Pertama : Duduk rumah atok. Beraya rumah sedara sikit. Sesi bergambar just like usual. Makan.
Raya Kedua : Beraya lagi rumah sedara. Mandi dekat Air Panas Bemban, Jasin. Makan lagi.
Raya Ketiga : Pergi pasar malam tangkak ayah belanja skirt due. Haha. Update blog sambil makan.
Raya Keempat : Esok kene tolong ayah jual sayur *tak sabar weh*. Malam sikit jalan raya lagi. Mesti makan lagi nanti.
Raya Kelima : Kalau tak aku pergi naik gunung ngan abang Pizi and Nadia :( Tapi ayah suruh ikut raya ke Melaka. Ayah niiii. Takpe nanti kite naik gunung next time. Pergi Melaka pun makan je. Haish.

Dah le sampai raya ke lima tuh. Orang pun taknak tahu kau punye planning laa.

Akhir kata hari ni, jangan makan banyak di hari raya ni, memang tengah cakap ngan diri sendiri ni senanye. Haish. Lepas ni mesti work out tau uolls. Haha.

Selamat Hari Raya. Peace yo! Muke ganas sebab tak dapat naik gunung dan terlampau banyak makan. Bye.




No comments:

Post a Comment