Monday, August 19, 2013

Tak perlu ramai

Assalamualaikum and wadappss uolls!

Syahirah and me!

How's life treating you guys currently? For me,great. Ape yang great aku tak tahu tapi aku bahagia je sekarang ni. Tak ada apa yang membosankan sangat sebab asyik merayau habiskan duit tapi definitely bukan pergi beraya kutip duit. Yang tu siyes takde mood nak bertandang ke rumah orang bagaikan.
Pergi shopping dengan besties. Seronok sangat dan rasanya itu kali terakhir hang out sesame before I further my study. Sob sob.
Selain tu, pergi kenduri kahwin kawan sebaya. Omaigod omaigod dah kahwin dah Rafidah kawan sekolah menengah tu. Apepun tahniah kepada Rafidah semoga berkekalan ke anak cucu.
And yang paling best beli barang untuk masuk UTM. Siap sorong troli sendiri tanak campur dengan barang family pastu cari barang sensorang pastu nak bayar cari ayah. Teruk sangat sangat! -,-'
Yang tu lah currently ape yang aku laksanakan dengan jayanya!

Syafika. me and Syahirah. Besties tersayang.
Hari tu hang out dengan mereka. Nak hang out lagi :(
Memang kalau kat nyalas ni hanya empat orang ni je yang boleh aku gelar kawan baik.
Syafika, Syahirah, Yusmah and Aqilah. Gile kau tak kawan baik. Since sekolah rendah aku mengadap diorang je. Mengadu, bergosip, buat kerja jahat semua dengan diorang.
Kalau dekat matrik aku dapat dua je kawan baik. Hawa dan Raihan. Cukup lah dua. Campur dengan diorang empat orang. Aku ade enam kawan baik. Pada aku kawan yang betul betul kawan tak perlu ramai. Bile dah jumpe yang boleh faham aku dan terima aku seadanya dah cukup. Orang lain aku tak kesah.




Gambar ni aku simpan :) Bagi bagi sorang tiga. Hee.

Bukan apa. Sebabnye aku memang jenis independent dan tak perlu nak berteman teman bila nak ke mana mana kena ada kawan,jadi tak perlu ramai. Aku pun bukan senang untuk difaham dengan bahasa aku yang kekadang orang hati lembut memang tak boleh masuk langsung,jadi tak perlulah reramai. Aku pun bukanlah orang yang bermulut manis untuk jaga hati ramai kawan tu, jadi tak perlu ramai lagi sekali. Haha. Sometimes, aku cepat lupe kawan kawan yang tak beri apa apa makna pada aku. Siap boleh tanye pada diri sendiri, aku ada kawan dengan dia eh? Haha kejam sungguh aku -,-' Ramai yang melable aku sombong kemain masa sekolah dengan matrik dulu. Entahlah. Aku tak kesah. Kadang kadang aku pun ada lable mereka tu sombong. Fair and square bukan.
Tapi diorang aku tak lupa. Diorang ni kawan aku. Hehe. Okay, aku rasa sekarang aku mengeluarkan ayat ayat sadis ni. Kenapa aku rasa macam sedang berjiwang. Ah sudah. Hentikan serta merta. Mohon. Haha.

Harap sangat kawan dekat UTM boleh pakai punye orang. Haha. Wuu ayat.

Akhir kata hari ni, kenali orang sekeliling korang yang mana sebenarnya kawan yang mana sebenarnya lawan. Sometimes yang kite jumpe tu sebenarnya sorang due je yang boleh pakai. Selamat menganal pasti kawan!



Love, 'Aifaa


No comments:

Post a Comment